Rumah anda ada bilik kosong? .. Anda selalu masuk ke dalam bilik itu? ..
Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang aneh di situ kan? ..
Ini kerana, anda pasti tak ingin melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini. Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas kasurnya ...
Sebuah sarang tebuan dengan kepanjangan 3 kaki telah mendiami tempat tidur di dalam bilik kosongnya. Sangat mengejutkan !!!
Tebuan itu dipercayai masuk ke dalam bilik tersebut melalui sebuah tingkap yang tidak tertutup rapat. Anggaran kawanan tawon itu adalah sebanyak 5,000 ekor. Banyaknya !!!
Menurut pekerja Perkhidmatan Kawalan Hama Longwood, John Birkett, membuang sarang tebuan itu merupakan pekerjaan paling aneh yang pernah dilaluinya selama bekerja selama 45 tahun. Dia menambah bahawa kawanan tawon itu telah melakukan pekerjaan yang baik. Tawon-tawon tersebut telah memakan bantal dan tilam di atas katil tersebut untuk memperbesar sarang mereka.
Saya berdiri di situ dan berasa kagum, kata John Birkett ...
Katanya lagi, ini merupakan kawanan tawon yang paling banyak pernah dihadapinya sepanjang kerjayanya. Dia terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, di akhirnya, John Birkett berjaya menyelamatkan selimut krusye milik wanita tersebut ...
Hai, macam-macam. Semoga kita dapat jadikan pelajaran dari kisah ini. Selepas ini, rajin-rajinkan diri menjenguk bilik kosong di rumah anda dan jangan lupa untuk tutup tingkap dengan rapat !!! 😉
Sumber :

0 comments:
Post a Comment